Well, aku suka benda ni. si Safiza share kat wall FB. I think most of it are true ;)
Let's compare.
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
[not me. aku jenis tak bagitau terus aku sedih. simpan sorang lagi bagus.]
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
[phew... this is soooooooo TASHA! aku benci org kacau aku bila aku tgh angin. pi dok jauh2.]
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
[true. even if 100 people ckp benda tu betul, we'll always be in denial. hoping that our man is just not the way they describe him. what a fool kan?]
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
[mestilah. klua dgn my boys, my Jack is still in my head.]
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
[erghhh not me kot? i will fight back.]
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
[sumpah, aku tak suka. aku rasa benda tu fake. because i know myself very well. aku tak perlu org utk bagitau aku.]
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
[true on most girls. definitely not me. ko tak suka aku, ko nye pasal. aku carik lain.]
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
[again not me. btw, aku tak pernah confess kat sapa2 pun. so aku tatau benda ni sgt]
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
[oh yes. so true. i write here, i have a thick notebook of poem, and aku pun melukis. yes, i can draw, perfectly.]
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
[try bagitau aku tgk. kalau ang tak balik kaki senget, dont call me tasha!]
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
[nope, it turns me on! yehaaaa. men looks hot when they're serious.]
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
[yeah, benda ni penah jadi masa aku dgn imran. muka buat relek je. padahal balik umah melompat2 dgn emi & maryam. waakakakakaka.]
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
[ntah, aku tak pernah perasan lak benda ni.]
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
[hell no!!! BIG NO for me. aku benci kapel dgn kawan.]
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
[tak jugak. aku reject imran 7 kali sebelum aku betul2 klua on date. wakakakak. kesian budak tu.]
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
[maybe dia just menggedik kot pompuan tu? ish..]
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
[i think my Jack knows this. nak tau apa2 takyah teka2 takyah tanya org lain, DIRECT je!]
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
[no lah. benda ni back to basic. back to qada' and qadar.]
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
[euwww...OMG so typical. takyah la bro. ko direct je lagi bagus kot. tak semua pompuan layan ayat2 ni.]
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
[ni zaman budak skolah ke ape ni? even back in college, i never bothered who dance with my guy kat any party. aku ni pelik kot?]
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
[yes, he will always be here in my head. tp you're my number one, Jack]
22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
[yes true. even a simple sms. trust me, we women will just smile one whole day for that.]
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
[pergh... kalau pi interview maryam pasal aku, dia boleh buat buku berjilid. wakakakak.]
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
[aku tau la kawan2 aku hot, aku buruk, jgn la angpa mai buat baik dgn aku sebab nak ngorat depa. sumpah tak dpt. kami semua TAKEN ok!]
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
[me and Jack, we hold strong on TRUST. we trust each other so much. yg lain2 tak kisah sgt.]
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
[impossible jugak. lelaki ni selalunya distracted. even ade pompuan menggedik tepi dia, kalau dia tak sayang pun, dia akan layan jugak. YES WOMEN, this is the fact bout MAN! so jgn la menggedik dgn hak org. confirm2 la awek dia tak suka. tp kalau bf aku, pegi je la. aku tak kisah. coz i know this fact long time ago. takde effect bagi aku. eh pjg plak komen kat no 26 ni.]
27. Senjata wanita adalah airmata!!
[itu semua accusation lelaki. bagi aku tak kot. tears tu satu benda yg honest. shows our feelings. ape ingat pompuan ni suka2 nak nangis. bengap ke ko ni?]
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
[Kalau couple lelaki melayu susah kot nak dpt benda2 ni? wakakakaka. well, from my experience la kan. i dated foreigners, and i think they're such a bomb! sometimes pegi kelas, on your fav table kat lecture hall, ade post-it notes, saying i miss u. wakakakaak. malay man, aku tak penah nampak lagi kot.]
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
[tak jugak. most friends ambik berat gak ape? so jgn salah faham la.]
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
[again women, aku dah tak larat nak ckp. man can never love you 100%. they're always distracted by other things. you have to settle down just by 90% of love. lagi 10% tatau pi mana. tanya dia. different guy, different answer. for my Jack, lagi 10% goes to his movies, poker, and friends. LOL.]
ok, settle. bukan nak suruh angpa paham aku. just nak emphasize that not all of us WOMEN are the same. well, i know it's kinda impossible to understand us, but at least, give it your best shot. we just need a lil of your attention, that's all.
tasha leow