Thursday, January 30, 2014

Sahabat.

Dear Zainul Fariz, Faizol Kamaruddin, Aiza Rahman,

aku sayang angpa. Takdak satu manusia pun dlm dunia ni boleh ganti hangpa tiga. You guys knows the best of me and the worst of me, yet, you guys stays with me, high and low.

Yup, aku memang tgh tak betui. Tiba-tiba post entry macam ni. Hahaha. Just wanted you guys to know that i will definitely collapse without the 3 of you.

Faizol is happily engaged to Murni and will be getting married soon.
Fariz is deeply in love with his Dayang.
Aiza is currently pregnant of my first nephew/niece.

Yay! I'm truly happy for us.



2008

Once upon a time, in the year of 2007, 14th February 2008 to be exact, I had the best date of my life.

Today he is someone's husband and I am happy for him.

And yes, I still keep those things you gave me even though it hurts.

Because that's how much I love you, even though we're not meant to be together.

Cheers!


Sunday, January 12, 2014

An Innocent Conversation I Had :)

Pi makan nasik kandaq sorang2 td kat market Bayan Baru. Pastu ralit menyembang dgn budak darjah 3. Mula2 aku ckp melayu, dia gagap2 nak jawab. Pastu dia tanya, "can you speak English? my melayu not very good." Dia tanya aku apa language peberet aku. Dia kata language peberet dia is English. Aku jawab "saya suka cakap bahasa melayu, because it's my mother tongue. we must always be proud of our culture". Sejam gak la aku sembang dgn dia.

Dia ckp dia nak jd putih cam aku. Baru pretty katanya. aku kata kat dia semua kaler pun lawa. kena appreciate diri kita. that's the best makeup ever! Pastu dia kata nanti besaq nak kaler rambut cam aku. Dia kata dia mai tegoq aku pun pasai aku blonde. Kahkahkah.

Dia cerita dia baru dpt 10A masa exam (gila budak zaman lani darjah 3 dah 10 exam paper). Dia kata cita-cita nak jadi seorang cikgu. nanti nak beli rumah besaq and keta besaq. nak bagi amma and appa dia duduk bilik bawah, pasai nanti depa tua tak larat nak naik tangga.

Hebat pemikiran anak kecil. Cukup lurus dan jujur. I would say, the most honest conversation i had in a very long time. It's very refreshing. Aku pesan kat dia, "no matter what you do in life, you must always hold strong to amma and appa, and you will be successful as ever". Not sure dia akan ingat atau tak, but i sure hope she will succeed in life <3 p="">

Saturday, January 11, 2014

Buat Mama & Abah :)


Tiada apa yang lebih aku inginkan, melainkan melihat kami berlima seperti ketika itu. 
Tiada apa yang lebih aku inginkan, melainkan perjuangan sebuah cinta yang terbina selama 28 tahun diteruskan. 

Benarkah, tiada lagi rasa antara mereka? 

Abah,
Demi cinta,
Kau tinggalkan agama,
Kau tinggalkan keluarga,
Kau tinggalkan semuanya,
Untuk memperjuangkan apa yang kau rasa.

Mama,
Demi cinta,
Kau hidup derita,
Kau selalu kecewa,
Kau jadi seorang wira,
Juga untuk memperjuangkan apa yang kau rasa.

Sudah lupakah semua itu? Segala perit lelah membina satu kehidupan, ditentangi orang sekeliling, hanya kerana kita keluarga campuran.

Aku masih ingat. 

Orang cakap, "anak cina makan babi".
Orang cakap, "bapak kau cina bukit".

Orang cakap, "Natasha mesti jadi jalang nanti tak cukup didikan agama".

Alhamdulillah, 

Aku buktikan hasil anak cina bukit itu berilmu agama.
Abah buktikan dia mampu jadi lebih baik dari mereka.
Mama buktikan keluarga kami lebih bahagia dari mereka.

Jadi,
Apa silapnya?
Di mana silapnya?

Siapa aku untuk mempersoalkan?


Sebagai seorang anak, aku mendoakan yang terbaik buat kamu berdua. 

Mama, Abah, 28 years have got to mean something in your relationship. 
Think it over.

Tasha.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin