Saturday, January 11, 2014

Buat Mama & Abah :)


Tiada apa yang lebih aku inginkan, melainkan melihat kami berlima seperti ketika itu. 
Tiada apa yang lebih aku inginkan, melainkan perjuangan sebuah cinta yang terbina selama 28 tahun diteruskan. 

Benarkah, tiada lagi rasa antara mereka? 

Abah,
Demi cinta,
Kau tinggalkan agama,
Kau tinggalkan keluarga,
Kau tinggalkan semuanya,
Untuk memperjuangkan apa yang kau rasa.

Mama,
Demi cinta,
Kau hidup derita,
Kau selalu kecewa,
Kau jadi seorang wira,
Juga untuk memperjuangkan apa yang kau rasa.

Sudah lupakah semua itu? Segala perit lelah membina satu kehidupan, ditentangi orang sekeliling, hanya kerana kita keluarga campuran.

Aku masih ingat. 

Orang cakap, "anak cina makan babi".
Orang cakap, "bapak kau cina bukit".

Orang cakap, "Natasha mesti jadi jalang nanti tak cukup didikan agama".

Alhamdulillah, 

Aku buktikan hasil anak cina bukit itu berilmu agama.
Abah buktikan dia mampu jadi lebih baik dari mereka.
Mama buktikan keluarga kami lebih bahagia dari mereka.

Jadi,
Apa silapnya?
Di mana silapnya?

Siapa aku untuk mempersoalkan?


Sebagai seorang anak, aku mendoakan yang terbaik buat kamu berdua. 

Mama, Abah, 28 years have got to mean something in your relationship. 
Think it over.

Tasha.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin