ok aku akui, blog ni dah tak banyak cerita pasal hidup aku. sejak jadi kes besar akibat menulis dalam blog ni, aku jadi tawar hati nak menulis. tangan jadi gagap nak menaip. terlalu banyak hati yang nak dijaga. mungkin salah aku jugak. blog ni sepatutnya di-anonymous-kan. banyak sebenarnya aku nak bercerita dekat sini.
tentang sejarah hidup aku.
tentang siapa yang membuatkan self-esteem aku terlalu tinggi.
tentang kehidupan 2 tahun aku yang sangat hell sebagai teenagers.
tentang kehidupan sebagai anak kepada mix-parentage.
tentang iri hati aku terhadap kawan-kawan yang obviously hidup lebih baik dari aku.
tentang kawan-kawan silver-spoon and spoilt brat yang tak pernah appreciate hidup diorang.
tentang dia yang aku tunggu sampai hari ini.
tentang kawan-kawan yang aku ingin sangat tengok diorang berubah.
argh.... banyak lagi. aku pun bukan manusia perfect. hidup aku dikelilingi masalah dan manusia-manusia gila. serious. aku tak tipu. cuma apa yang membuatkan aku strong sampai hari ni, is manusia-manusia AWESOME dalam hidup aku.
Mama
ok aku admit, aku banyak gaduh dengan dia. aku dengan mama memang tak sekepala. dari kecik aku dibesarkan abah. mama busy kerja. tapi sejak dah meningkat umur, aku belajar berbaik-baik dengan mama. kata-kata dia yang menyakitkan hati, aku simpan aje, tak balas apa-apa pun. cuma kadang-kadang she get on my nerves. masa aku break up dengan Imran, mama bagi ayat-ayat comfort. tenangkan aku. mama cakap dalam hidup ni tak ada apa yang pasti. mama sms ayat-ayat nasihat yang sangat panjang. yes, kami tak pandai communicate dengan each other. masa birthday aku yang ke 22, mama sms wish happy birthday. aku rasa itu hadiah paling best yang pernah aku dapat. masa tu aku demam teruk dekat kl. hati aku jadi sejuk baca ayat-ayat mama. aku rasa dihargai. aku rasa, buat pertama kali dalam hidup aku, aku ada mak yang care pasal aku. itu je yang aku nak selama ni pun.
Abah
satu manusia yang cukup simple. makan simple. baju simple. hidup simple. dia tak cakap banyak. dia contrast dengan mama. he's a listener. aku lagi suka bercerita dengan abah dari mama. maybe sebab dari kecik pun dengan abah kan? tapi abah banyak berubah sekarang. abah macam ada orang lain dalam hidup dia. dia tak pentingkan kami lagi. tak apa lah. aku tak kisah. maybe itu takdir. abah jugak penyebab aku berbaik dengan mama. aku nampak apa yang mama lalui. sangat painful. nampak gambar-gambar kami di facebook? happy? aku rasa semua itu fake aje. ikhlas kah abah keluar dengan kami semua? aku tak tahu. aku dah puas cuba satukan keluarga ni. aku almost give up sebenarnya. itu lah kali pertama kami makan sama-sama, selepas bertahun-tahun. percayalah! ada satu email dari abah yang aku akan simpan sampai bila-bila. abah minta maaf dengan aku, sebab aku tak dapat sambung degree. serious, benda itu sangat precious. kami banyak communicate melalui email. sebab kami tak pandai berkata-kata bila berjumpa. yes, itu aku dan abah.
Maryam
omg, ini manusia agung dalam hidup aku. sumpah sampai mati aku takkan lupa perempuan ni. dia baik sangat. kami sangat berbeza. minat tak sama. hidup tak sama. cita-cita lagilah berbeza. tapi, disebalik semua tu, dia adalah best friend aku sampai mati! satu-satunya manusia yang faham aku, luar dan dalam. sumpah, perempuan ni boleh teka apa yang aku fikir. dia berkawan dengan aku, walaupun semua orang pulaukan aku. masa tu, aku kena fitnah. benda yang sangat dasyat. benda yang beri impak yang sangat besar dalam hidup aku. aku tak ada kawan langsung di sekolah, selama 2 tahun. tapi Maryam, Tiqah, Asmah & Zakiah accept aku as their friend. aku salute korang sebenarnya. sebab fitnah pasal aku tu, bukan satu sekolah je tahu. at least 5 school tahu. zaman-zaman teenage aku banyak dihabiskan dengan Maryam. kami gila arcade game. hari-hari balik sekolah pegi main game. makan kat foodcourt BJ. pastu pakai baju fesyen pelik-pelik. yes, itulah kami. sampai orang-orang kat BJ kenal kami. budak-budak fesyen merepek! sekarang ni, aku dengan Maryam jarang-jarang jumpa, walaupun rumah kami dekat. aku faham, dia sibuk dengan kerja. cuma, kami cuba untuk jumpa bila ada masa. aku rindukan zaman-zaman kami dulu. cuma, sekarang terlalu banyak komitmen yang perlu difikirkan.
Tiqah
salah sorang kawan yang aku banggakan. baru saja telefon dia di Bangalore masa melepak dgn Amir, adik dia. dia suarakan kesusahan dia. dia cakap dia almost give up medical. aku pujuk dia. aku cakap, "aku nak ada dentist yang aku boleh gossip masa pegi routine check up!". aku taknak dia patah semangat. sebab dia lah semangat aku. dia buat aku kuat. dia buat aku nak usaha lebih. dia perempuan bijaksana. serious! Chemistry tu dah macam playground dia. kami mula rapat sejak ambik Diploma di Cambridge Centre. dalam sekolah tu, cuma kami 9 orang yang belajar diploma tu. serious, BANGGA! pada hari graduation, Mr. Daniel dan Pn. Siti plan untuk buat di perhimpunan sekolah. sepatutnya Tiqah lebih layak untuk wakilkan kami semua, buat speech. tapi, dia suruh aku yang buat. Tiqah, sampai hari ini, aku ingat jasa tu. aku tahu, kau nak satu sekolah tengok aku kan? kau nak semua orang terkejut dengan pencapaian aku. kau nak satu sekolah bukak mata dengan aku. terima kasih! yes, they did. they started talking to me after the ceremony. cuma, aku saja yang endah tak endah. sebab bagi aku, aku cuma perlukan korang. tak perlu manusia-manusia fake tu semua.
Hasnas
ok, perempuan ni gila. serious! kami suka buat otak seminit, pegi sana sini. selalu buat kerja gila. kena langgar bas lah. cari takaful lah. jalan-jalan cari makan lah. pukul 4 pagi pegi Greenlane semata-mata nak makan Mcd. padahal Mcd ada dua kat area rumah kami. aku lost contact dengan dia beberapa tahun after school. aku memang nak lost contact dengan semua Georgian pun sebenarnya. sebab aku nak lupakan hidup aku yang macam sial dekat sana. tapi kami jumpa balik dekat BJ. masa tu bulan Ramadhan. aku memang baik dengan Has masa form 1 & 2. sangat close. but we grew apart. maybe sebab lain kelas kot? aku suka lepak dengan perempuan ni sebab dia banyak ajar aku untuk hidup secara fun. lupakan cerita-cerita sedih. hidup mesti mau relax! jangan fikirkan sangat benda-benda yang kita tak dapat. teruskan saja hidup dengan benda-benda yang kita ada. itu prinsip hidup dia.
Aiza
budak ni, aku dah anggap macam adik aku sendiri. family dia sangat-sangat baik. aku happy bila masuk rumah dia. aku rasa welcome. aku rasa diorang sayang aku macam anak diorang. perempuan ni perahsia. kalau dia taknak cakap tu tak payah la paksa. sampai dia bercinta dgn best friend boyfriend aku pun aku tak tahu. aku tahu dia tak bercerita. tapi aku nampak penderitaan dia. siapa yang boleh bayangkan hidup tanpa mama pada umur 19 tahun? she's so young to go through this. dia sebaya adik aku. serious aku sayang budak ni!
Nord @ Turtle
manusia yang aku boleh mati kalau takde dia. apa-apa hal aku mesti cari dia. antara kawan aku yang terbaik. yes, memang ada moment moment awkward antara kami. sebab dia suka aku. tapi aku tak suka dia. err... u know what i mean. tapi apa-apa pun, dia tetap kawan aku. aku banyak cerita masalah aku dengan dia. aku sangat transparent dengan dia. susah nak menipu dgn budak ni! haih! aku cuma harap dia dapat perempuan baik one fine day. aku happy dengan perubahan dia sekarang. sebab aku bukan perempuan yang pandai nak sms 24 jam. aku jenis suka kan benda escapism. asal-usul nama turtle tu biarla aku simpan sorang-sorang. kalau nak tahu, pergi tanya tuan punya badan. nanti dia marah aku bocor rahsia!
Fadhil @ Tam
ok, lelaki ni aku dah anggap macam abang aku sendiri. aku sangat-sangat respect dengan dia. dia sangat cool. tak cepat melatah dengan kerenah-kerenah orang. cara dia bagi nasihat pun, sendiri mau fikirlah! haha. aku happy berkawan dengan dia. aku kenal dia pun tak lama. baru tahun 2004 kan Tam? ok, Tam ni nickname aku untuk dia. haha. sangat cute ok. aku panggil dia Tam sebab dia suka ngaku dia negro. kononlah! ceh! pastu dia suka panggil aku Mot. jahat! dia cakap aku bersiap macam mana pun tetap comot!! wargghhhh! aku sepak ko kang! dah la bontot besi! eh besi ke titanium? entah, sama saje lah! boleh jual timbang kati! apa-apa pun, aku sangat sayang dekat Tam! lantak korang lah nak cakap apa pun pasal kami 3 org. (aku, tam & turtle)
Faizol
ok aku tengah gaduh dengan dia sekarang ni. tak kira lah. janji dia AWESOME! kenal dia tahun 2004. masa tu aku di penang. kalau ada apa-apa masalah je, cari lah dia. memang dia sentiasa ada untuk aku. kami banyak share problem. entah, aku rasa selesa bercerita dengan dia. kenapa aku gaduh dengan dia? huh... susah sangat nak angkat telefon. telefon sampai 2-3. tapi satu pun tak angkat. aku sms pagi, malam baru nak reply. sebelum ni tak macam tu pun? aku kecik hati sebenarnya. kononnya kita kawan baik. tapi kawan ke kalau susah sangat nak reply sms? entahlah. aku dah berikrar takmau kacau dia lagi. biarlah dia busy dengan hidup dia. cuma kadang-kadang ada benda yang aku nak sangat share dengan dia. aku tak mintak banyak, just 5 minutes. benda-benda yang aku cuma boleh share dengan dia, sebab dia saja yang faham. benda yang aku tak share dgn has, maryam, tam, nord, aiza and tiqah. you know what i mean kan. different friend have different perspective. well, let it be. just that i miss him sometimes. kami suka lepak kat Queensbay sampai pagi. sampai mama pun dah tak heran kalau dia hantar aku matahari dah naik. kami memang macam tu.
Chung Su Weng @ Eric
satu manusia yang aku sangat tabik. dia ni memang kelas A dalam pelajaran. satu semester cuma ponteng kelas 2 hari paling maximum. itupun dengan surat doktor! aku sangat berterima kasih dengan dia. dia banyak bagi semangat untuk aku, especially lepas aku break up dengan Imran. kalau aku tak datang kelas, dia simpankan notes. kalau ada assignment atau lab work untuk aku, dia ada salinkan and bagi dekat aku. i mean, bukan untuk aku sorang je. dia buat untuk satu kelas. dia memang manusia berhati mulia. dia tak pernah berkira dengan kawan-kawan. ada satu peristiwa yang membuatkan aku respect dia sampai hari ni. satu peristiwa yang menunjukkan betapa dia mementingkan kawan-kawan. Eric bukan orang senang. aku tahu itu. satu hari aku tertinggal wallet di rumah. rumah aku dengan college dekat je. tapi aku malas nak balik ambik. so for lunch aku lepak saje dengan diorang. Eric ingat aku takde duit. so dia bukak wallet dia depan aku. dia kira note satu ringgit. ada 5 ringgit dalam wallet dia. dia bagi dekat aku. he said," haaa... got 5 bucks, should be enough for lunch". serious. aku tengok muka dia. sangat ikhlas. aku cakap dengan dia aku taknak. berkali-kali aku yakinkan dia yang aku ada duit. cuma tertinggal wallet. lagipun masa tu aku serumah dgn Alia. dia ni gila makan. aku sure dia akan ajak aku makan lepas kelas. so aku tak kisah sangat. i told Eric to buy his own food. dekat 15 minit baru dia pegi beli makanan. moment itu sangat touching. kami selalu makan berenam. yes, kelas kami tinggal 6 org, daripada 14. dalam 6 orang tu, Eric yang paling tak berkemampuan. tapi, dia yang ada thought untuk tolong aku. damn! sampai mati takkan lupa peristiwa tu. it happens 2 years ago. for me, everyone needs a Su Weng in his/her life. he's one in a million. manusia berhati mulia.
ok... aku dah menaip banyak ni. dah lewat. aku kena pegi kedai. bye.
P/s: kawan-kawan please jangan terasa hati dengan apa yang aku taip dekat sini. ini pengakuan ikhlas dari aku. pada yang tak di mention di sini, tak bermakna korang tak penting. korang penting. yes aku ramai kawan baik. cuma aku rasa mereka ini adalah yang terbaik. maafkan aku. to all of the above, you guys rocks! aku sayang korang. koranglah manusia-manusia awesome dalam hidup aku.
tash
No comments:
Post a Comment